Wednesday 6 July 2011

BISIKAN MALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila ku didatangi malam..
Gelora perasaan mencengkam dijiwa..
Masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan..

Diterjah pelbagai persoalan..
Dihujani air mata penyesalan..
Bisakah terhapus semua..
Segala dosa noda yang bertahta..

Terangi jalan hidupku..
Dengan cahaya kasih Mu..
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu..

Tuhanku..
Di malam syahdu ku merayu..
Ampunilah segala dosa ku yang lalu..
Sujud ku mendambakan keredhoan Mu..
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu..

Tuhanku..
Usah kau biarkan diriku hanyut terleka..
Di jiwa dunia membelenggu..
Dan aku sesungguhnya pasrah kepada Mu..
Hidup mati ku hanyalah untuk Mu..

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwa ku dengan keimanan..
Hanya pada Mu Oh Tuhan Ku sandarkan harapan..
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi..... Allah SWT telah membri ana petunjuk di dalam kesulitan selama ini.. Segala masalah dunia sudah selesai.. Selama ini ana hanya menunggu sahaja tetapi sekarang ana terpaksa bertindak.. Ana sudah tak sanggup lagi nak bertahan walaupun hati memang sayangkan dan cintakan dia..

Ana redho.. Biarlah dia bahagia dengan insan pilihan hatinye walaupun ana yang dia kenal dahulu berbanding perempuan itu... Ana rela berundur dan xnak dikatakan "terhengeh2" pada orang yang xsudi ibarat melukut di tepi gantang.. Lagipun ana xnak berebut2 dengan orang lain terutamanye kaum sejenis walaupun orang tu tahu kewujudan ana.. Ana xnak melukakan hati kaum sejenis.. 

Dah banyak cerita mengenai situasi nie.. Di dalam television, radio, majalah2, paper dll.. Lelalki tinggalkan perempuan kerana perempuan lain.. Tapi apa erti seorang perempuan di matanye?? Apakah harga perempuan di matanye?? Adkh ibarat seperti menukar baju??? Yang boleh ditukar apabila suka, dibuang apabila xnak??

Bagaimana mahu membimgbimg seorang isteri kelak jikalau sekarang kamu tak serious?? Bagaimana kalau apa yang kamu buat sekarang terjadi pada anak perempuan kamu nanti?? Apakah perasaan kamu sebagai seorang walid??? Sanggupkah kamu melihat orang lain mempermainkan anak kamu???

Insaflah wahai manusia daripada menyakiti sesama umat.. Walapun terlepas di dunia, tetapi di akhirat tak walapun kesalahan itu sekecil zarah.. Setiap kesalahan di dunia ini di bayar cash.. Cuma masa yang menentukan segala2nye.. "Perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik, n sbliknye"..

P/S : Ana doakan semoga kalian berdua bahagia di dunia dan akhirat... Berubah lah demi masa depan yang akan kalian cipta dan bina....